BERITA KCS REDHA

Apa orang kata fasal KCS...apa pula kita kata fasal KCS...macam-macam orang kata...



Sunday, November 15, 2009

MACAM2 ORANG KATA KAT KCS......

sang tuba said...
Salam hormat

Sebarang pertukaran yang menjurus ke arah penambahbaikan sistem pentadbiran adalah sangat disokong.

Semoga pegawai yang terlibat menerima secara positif.

Selamat maju jaya!!!

Bukan apa, nak bagi elokkk...

-SANG TUBA-

p/s: Tukar orang dan tukar baju.

27/5/08 9:33 AM
Anonymous said...
Baguih la tukaq.. semangat jadi baghu balik.. tukaqpun depa masih dok dlm kedah... aku ni dulu dok Sri aman Sarawak dok ingat bulih tukaq balik Kedah lepaih 6 thn berkhidmat untuk Kjaan... tut tut depa hantaq pi Beluran Sabah... awainya tu kecewa la jugak tp nak buat lagu mana... dah kakitangan awam... tukaq sebenaqnya untuk tujuan baik...

27/5/08 10:55 AM
Anonymous said...
oh,abang mi din aku pun kena tukaq jugak...wargghhhhh...


27/5/08 12:12 PM
Anonymous said...
Abdul Ghafar yang kena tukar pi Padang Terap tu bekas Setiausaha det khalid ke???

Kalau dia berniaga sakan lagi la! Hari tu pasal balak la ni pasai projek kecik pulak!

Macammana YAB Ustaz boleh lepas kes ni. Patut budak ni kena hantar pi bekerja di pejabat ugama, kena basuh dulu sikit. Maaf kalau silap orang

27/5/08 12:52 PM
Anonymous said...
azmi din tu patut tukaq p bandar baru ja.

27/5/08 2:14 PM
Anonymous said...
Mie Din tu patut nya hantaq pi dok tang tempat yg dia tak boleh buat fulusss ... Pi Sik pun tak pa la .. sana projek pun tak berapa glamour. Jgn marah nooo Cik Mie ... kita kakitangan kerajaan kena la akur. Lain kali jgn la dok libat dgn politik. kalau nak masuk EMNO pun baik letaj jawatan.

27/5/08 2:38 PM
Anonymous said...
En. Saiful Azmi tu dok nyanyi lagu hindustan lagi ka?

Mat Lodeh cukup suka kat dia pasai muka dia ada iras2 DBT...

27/5/08 2:54 PM
Anonymous said...
Salam.

Anon 2.54. Muka nak serupa tapi boleh keluar suara nyanyi lagi Hindustan tak pa, ni jangan nak menyanyi, cakap pun orang tak faham, lagi teruk.

Sepengggalll sajaaa lagiiiii.

Mat Lodeh.

27/5/08 7:48 PM
Bukit Uhud said...
Untuk pengetahuan semua rakyat Kedah
Lombong Duit di negeri kedah sebenarnya terdapat di GLC GLC yang Kerajaan negeri memumpuyai Kuasa dan Saham majoriti.Tempat ni lah merupakan luboh Puak puak UMNO rompak duit rakyat dengan cara pelantikkan Jawatan pengarah,Ahli lembaga pengarah dan sebagainya dalam CLC.Disini lah puak puak tu songlap duit dengan cara Mendapat eluan dan kontrak itu dan ini setiap bulan ,mereka mengaut berpuluh malah ratus ribu setiap tahun malah kalu tuan tuan baca laporan audit jumlah yang di bayar tak masuk akal .Ada yang setengah tu lantikan politik oleh kuncu kuncu UMNO.Mereka kaut duit tanpa belas kesian pada rakyat...Mereka tak peduli sama ada GLC tu untung ke rugi ke sedang tenat yang penting syarikat milik rakyat adalah merupakan tempat mereka kaut harta rakyat.Oleh itu saya ingin merayu ke pada YB dan MB dan Exco Kedah dari PAS.PKR dan DAP agar tidak melantik atau atau meneruskan kontrak perkhidmatan beberapa peminpin UMNO ini dalam mana mana GLC negeri Kedah tak kira lah dia ni ada hubonang dgn MB ka atau Exco ka minta simpang malaikat 44
1.Dato Fuad Ali
2.Rahman Ibrahim
3 Tajul Urus
4.Mohd Shail Zabidi
5 Rozahan Raof

Minta Ambil tindakan segera ini kehendak Rakyat

27/5/08 9:13 PM
Bukit Uhud said...
Kalau Kedah mahu maju dari segi ekonomi melalui GLC nya harus lah

1. Merombak semula jawatan jawatan Pengurus ,dan pengarah dalam setiap GLC dan Sub subidairi sebab mereka ini adalah bertanggong jawap terhadap wang pelaburan dari rakyat.
!. Melantik orang yang benar benar profesional dalam bidang yang bekenaan serta memiliki sikap peribadi jujur dan amanah tak kira dari bangsa apa sekali pun sebab ini melibatkan perniagaan dana rakyat
2.Memberi peluang kepada Golongan profesional dari PAS,PKR dan DAP yang kommit dgn perjuangan sekian lama yang senetiasa istikhomah dgn perjuangan disamping mempunyai pegalaman yang setimpal
3.Segala perlantikan jawatan tidak boleh di pengaruhi atas dasar kroni atau keluarga tetapi atas dasar pengalaman dan kelulusan yang mantap,setimpal dgn jawatan dan fikrah yang jelas terhadap perjuangan.
4.Kita mahu Dasar dan perjuangan parti kita kususnya Fikrah islamiayah di utamakan dalam setiap peringkat pengurusan dan pentabiran GLC agar mendapat keberkatan bukan atas dasar politik semata mata.(selepas 100 hari Pas perentah Kedah masih ada lagi kaki tangan di Bina Darul Aman dok pakai Skrit dan tak bertudung..)
5.Hendak lah memberhentikan mana pengarah atau kaki tangan pengurusan yang terbukti betindak secara dalaman membuat sesuatu keputusan bagi pihak UMNO atau membocorkan apa apa rahsia syarikat kepada pihak UMNO supaya dapat menikam PAS dalam persidangan DUN.

Khas untuk MB jangan terelalu Percaya pada Pemimpin UMNO masih memegang jawatan dalam GLC atau dalam Kerajaan sebab tujuk baik tanpa Taubat tak bermakna bagi rakyat.Perlu di ingat Puak Munafik lebih bahaya dari puak khafir yang sedia ada.

Adalah lebih baik kita memaafkan seorang yang jujur dan iklas dalam perjuang apa bila ia membuat satu kesilapan atau kesalahan daripada kita mempercayai golongan Munafik yang senentiasa menati masa untuk menghancurkan kita.

Ingat MB kedah
Sebaik baik saja kemenangan Revolusi IRAN ,Bani Sadar di lantik jadi PM dan sebaik baik saja Ayatulah Khomaini menjejak Bumi Iran beliau di keliling oleh puak puak munafik yang ingin memngambil kesempatan.Shukur kepada Allah kerana Keimanan yang tinggi Ayatullah Khomaini pertolongan allah telah menunjukan segala perancangan jahat Musuh dapat di patahkan.Adakah MB kedah keimanannya sampai ke perinkat itu
Akhir sekali minta MB kedah amalkan seperti mana arahan Presiden dan juga Allahyarham UTZ Fadzil Nor."Parti memerentah Kerajaan dan Kerajaan Memerentah Rakyat.

Setiap keputusan MB dari segi membuat dasar pemerentahan dalam negeri kedah perlu lah dibincangkan dalam Mensyarat harian dan Perhubungan PAS.Dan bukan nya dengan cara Tuan MB menegahkan Idea idea MB kedalam mensyarat dan kemudianya mendasak supaya ahli mensyarat menerimanya dengan berbagai hujah dan dalih yang lemah MB bukan lah cerdik sangat dalam hal pentabiran Kerajaan .Perlu diingat dalam Islam ada Syura maka cara itu lah yang paling baik yang harus di amalkan
Perlu saya ingatkan MB mengurus parti sebagai PJ tidak sama dengan mentabir kerajaan sebagai MB.Dasar parti perlu di utamakan.Kalu nak tangkap pencuri kena cari polis untuk tangkap pencuri BUKANYA GUNA PENCURI TANGKAP PENCURI Jangan lah takut pada Kerusi anda takut lah pada Allah

Sekian
Harap sampaikan MB kita

27/5/08 10:20 PM
Anonymous said...
Minta YAB Ustaz Azizan & para EXCO tolong2 tenggokan anak2 syarikat KErajaan Negeri spt di PKB, Yayasan ISlam ,PKNK dan sebegainya. TErdapat kroni Tok Det yg bertugas KCS .. kerja2 kontrak semua bagi pada kroni Tok Det dan sekufunya. Juga kaji balik KCS yang dah pencen tp demi kepentingan,mereka ini disambung kontrak. Semua ini menggunakan duit rakyat. Harap YAB Ustaz Azizan tak leka ngan lakunan segelintir KCS yng mahir bersandiwara. Masih ada ramai lagi yg proksi Tok Det. Kalau YAB Ustaz nak tau, rajin2 la sembang ngan Encik HArun JAsin. Beliau pernah cuba membersih segelintir KCS yang kaki menimbun harta tapi digagalkan oleh kuasa Tok Det.

28/5/08 7:23 AM
anak langkawi said...
:) kalau utk yg baik teruskan

28/5/08 7:56 AM
panglimanayan said...
Yang tu bos2 saja...nu, tengok ada seekor tu cc, dok cium tangan sana sini,katanya dia ada jalan pi jadi cc kat pej MB. Tolong tengok ustaz, dia tu spy Tok Det...dia pi sana lingkoplah...nak tau cerita dia ni suka jual nama MB kalau ada masuuuukkk.......

28/5/08 11:07 AM
panglimanayan said...
Tentang Hj Harun Jasin ni aku sokong 100%......aku tak kenal sangat dia,tapi ceritanya dia ni antara KCS yang tak capek sebelah...pendapat dia boleh pakai.
Saya tak berapa setuju dgn Bukit Uhud "Kalu nak tangkap pencuri kena cari polis untuk tangkap pencuri BUKANYA GUNA PENCURI TANGKAP PENCURI"..Yang sebenarnya kena guna Polis bekas pencuri, tapi telah taubat lalu jadi polis....
Sebelum jadi MB bincang dalam mesyuarat perhubongan PAS saja,bila jadi MB,bincanglah dalam mesyuarat perhubungan PAS tetapi jangan lupa bincanglah dengan orang lain sama...

28/5/08 11:23 AM
Anonymous said...
Sedih gak dgn YAB Ustaz Azizan walaupun dah jadi YB banyak penggal sebelum jadi YAB tp masih samar2 dgn lakunan KCS. Saya yakin YAB boleh baca mana KCS yang pelingkup negeri dan yang bersengkongkol ngan Tok Det. Kesian duit rakyat yang punah. HArap YAB bertegas sket dan kena laju mcm Perak dan Selangor.

28/5/08 12:10 PM
Anonymous said...
Lagu Adzmi Din tu elok bagi dia dok tang jawatan yg nama gah tapi tak masyukkkkk spt Pengurus Besar Lembaga Penanam Padi ka .. Lagu Pak Tuan Syed Isa elok la bagi dok tempat yang molek2 sikit. kesian dia orng baguih dan pendidikan tinggi. Yang spesies lagu Mie Din elok bagi dok tempat lagu tu biaq dia rasa sikit hidup susah tanpa wang sampingan.

28/5/08 4:25 PM
Bukit Uhud said...
Saya rasa setakat petukaran jawatan pegawai kerajaan tidak memadai..ianya harus diikuti dengan tarbiah,dakwah,ilmu ugama yang boleh meningkatkan keimanan mereka macam kerajaan kelantan buat dan semua pegawai kerajaan peringkat negeri kedah ni kena ikuti program usrah agar mereka dapat jadi pegawai kerajaan yang bersih dari rasuah,kroni,nepotisma ustaz PAS kan ramai kat kedah ni boleh atur program kesedaran serta penghayatan islam dalam diri,keluarga dan kakitangan..insyaalah mereka mereka ini akan berkerja dengan lebih iklas dan bekesan.Ayuh Pimpinan PAS Kedah jumput MB kelantan bagi tarbiah sikit kat Pegawai Kerajaan negeri termasuk MB kedah yang Baru pun kena di tarbiah kembali agar setiap tindakan tidak lari dari kehendak Islam.Jangan banyak sangat senyum politik pada rakyat wahai MB kedah kami tau asal usul kamu sejauh mana pengalaman dan ilmu kamu. Apa yang rakyat Kedah mahu ialah Keadilan ISLAM,pentabiran Islam,Pengurusan Islam,dah 100 hari dah perentah ni..jangan biar rakyat letih menanti apa apa dasar baru yang drastik yang melapangkan dada rakyat KEDAH..sekian


29/5/08 5:18 AM
Anonymous said...
Ish..ish. tak bertamadun langsung la anonymous 29.05.08 5.18 am. Ni aku rasa misti suku sakat KCS yang orang dok hentam pak dia.Tu la blajaq masuk IPT yg tak iktiraf. kena trima la hakikat nooo..jgn dok melenting kalu orng cakap

31/5/08 6:00 PM

Friday, November 13, 2009

KOMEN RENCANA BERTAJUK HUBUNGAN KERAJAAN PAS DAN KCS - RETAK MENANTI BELAH" CABUTAN DARI BLOG LUAR

Ini Cabutan Blog : Sayapun dah terlupa blog mana.. cuma copy masuk aje

Saya terbaca satu entry dari bllogger DariYan.blogspot.com. Satu blog yang sering menghimpunkan beberapa entry dari blog-blog diutara. Walaupun blogger tersebut tidak menyiarkan sebarang komen diblognya, dan tidak memberi kredit dari entry-entry yang dicedoknya (termasuk dari blog saya ini), saya tidaklah berkecil hati. Saya terpanggil memberi komen tentang salah satu entrynya yang bertajuk "HUBUNGAN KERAJAAN PAS DAN KCS - RETAK MENANTI BELAH".

Benarkah sebagaimana yang didakwa Blogger DariYan itu? Jika benar, maka benarlah katanya bahawa rakyatlah menjadi mangsa. Dan dari mana sumbernya, tidaklah saya ketahui. Namun mungkin ada benarnya. Saya tertarik dengan katanya yang mengatakan bahawa...

"kata-kata seperti "apa yang hairan sangat dengan KCS" "KCS bukan tau apa" dan "Tindakan segera perlu terhadap anggota KCS kerana ia boleh menghalang kemajuan islam di Kedah" sebenarnya menjadi titik tolak kepada hubungan yang sedia dingin"

Tahukah Exco-Exco Kerajaan PAS bahawa KCS telah menabur bakti di Kedah tanpa mengenal erti penat dan lelah selama ini? Tahukah para Exco bahawa KCS lebih banyak buat kerja untuk rakyat berbanding mereka? Tahukah para Exco Kedah ini bahawa rakyat lebih menggemari KCS berbanding YB-YB DUN/Parlimen atau Exco-Exco Kedah kini? Tahukan Exco-Exco lantikan PAS Kedah itu bahawa rakyat lebih rapat dengan KCS kerana KCS lebih memahami rakyat berbanding mereka? Sedarlah diri para Exco Kerajaan PAS...
KCS itulah yang menjana dan memacu segala keputusan kerajaan negeri selama ini. KCS yang Exco-Exco tuduh penghalang kemajuan Islam itulah yang banyak menyelesaikan masalah-masalah umat Islam di Kedah ini. Baru tak sampai setahun diberi mandat oleh rakyat, sudah mula menghina jasa-jasa KCS? Begitukah sikap "arrogant" Exco-Exco Kerajaan PAS Kedah yang baru setahun jagung? Begitu biadap, sombong dan takbur sekali! Inikah yang dicerminkan sebagai "pilihan tepat rakyat Kedah"? Sungguh menyedihkan...

Sayang. Seribu kali sayang. Harapkan pagar, pagar pulak yang melebih-lebih. Tak tahulah kenapa Exco-Exco Kedah yang berkenaan ni meluat sangat pada KCS? Syak yang bukan-bukan dan buruk. Tak sesuai untuk sebuah kerajaan yang kononnya berteraskan Islam...memalukan nama Islam jaaaa...

Wallahua'alam...

HUBUNGAN KERAJAAN PAS DAN ANGGOTA KSC - RETAK MENANTI BELAH.

HUBUNGAN KERAJAAN PAS DAN ANGGOTA KSC - RETAK MENANTI BELAH. PDF | Print | E-mail
Friday, 02 January 2009
(ceritayan) Hubungan KCS dan kerajaan Kedah pimpinan Pas semakin dingin.Itulah kesimpulan yang dapat dirumuskan ketika ini di Kedah. Perkembangan itu bukan rahsia lagi di kalangan rakyat seluruh Kedah.
Buktinya, serangan demi serangan diarahkan kepada KCS sebaik saja Pas mengambilalih negeri kedah.

Bezanya, pada mula-mula dulu serangan dilakukan secara tidak langsung atau ibarat "api dalam sekam", kini serangan semakin hebat dan ia dilakukan secara terus terang. Yang sering mejadi medan serangan ialah dalam mesyuarat-mesyuarat serta majlis-majlis rasmi kerajaan negeri.
pelbagai tuduhan dilemparkan dengan sasaran utama ialah KCS. Malah tuduhan seperti "KCS pengkianat" "KCS tidak mendokong dasar perjuangan Kerajaan Pas", "KCS masih berwalakkan mantan Mneteri Besar", "KSC sabotaj perancangan kerajaan negeri dan berbagai lagi" semakin jelas kedengaran dalam mesyuarat-mesyuarat yang dipengerusikan oleh ahli exco negeri.
Terbaru, kerajaan Pas Kedah dilaporkan membuat "POST MORTEM" mengenai perkhidmatan anggota KCS.
Tiga ahli Exco diberi tanggungjawab membuat "post mortem" berkenaan ialah YB Taulan Rasul, YB fakhrulrazi dan YB Dr Ismail.
Post mortem itu dikatakan memberi fokus kepada penglibatan anggota KCS dalam menganjurkan pertandingan golf piala bekas menteri Besar, Dato Seri Mahdzir Khalid dan majlis mesra bersama Mahdzir Khalid yang diadakan baru-baru ini.
Antara yang menjadi perhatian tiga exco terbabit ialah sejauh mana benar pembabitan lebih 40 anggota KCS dalam penganjurkan dan menyertai pertandingan golf Piala bekas menteri besar kedah itu yang didakwa diadakan di Kelab Golf Darulaman.
Manakala isu kedua, mengapa 85 anggota KCS terbabit dalam penganjuran serta hadir pada malam mesra sempena sambutan hari lahir Mahdzir Khalid yang diadakan di sebuah kelab ekslusif sekitar Jitra, beberapa hari selepas pertandingan golf diadakan.
Bersandarkan kepada maklumat itu, tiga Exco kanan terbabit dikatakan telah diarah membuat siastan mengenai perkara itu, sekaligus wujud cadangan agar peranan dan prkhidmatn KCS di nilai semula...
Persoalanya kini, sejauh mana Kerajaan Pas mampu melakukan sesuatu dalam erti kata lain mengubah kiblat anggota KCS agar menokong dasar perjuangan mereka yang dilihat oleh KCS sbagai lebih bersifat "RETORIK" pada waktu ini.
Apa yang pasti, KCS diwujudkan untuk membantu Kerajaan negeri merencana pembangunan demi rakyat Kedah.Malangnya tindakan beberapa ahli exco yang menuduh anggota KCS dengan pelbagai dakwaan mencetuskan polemik tidakihat alam hubungan dua hala, kerajaan ngeri pimpinan pas dan KCS.
Jika benar, anggota kerajaan negeri bertindak memburuk-burukkan anggota KCS yang dianggap nadi kepada kejayaan Kerajaan Kedah apakah itu dianggap pendekatan islamik.
Malangnya ada di kalangan anggota exco yang mengeluarkan kata-kata bukan saja tidak manis di dengar tetapi lebih mirip kepada memperlekehkan jasa anggota KCS.
kata-kata seperti "apa yang hairan sangat dengan KCS" "KCS bukan tau apa" dan "Tindakan segera perlu terhadap anggota KCS kerana ia boleh menghalang kemajuan islam di Kedah" sebenarnya menjadi titik tolak kepada hubungan yang sedia dingin.
Lebih malang lagi, ada di kalangan ahli Exco mengemukakan senarai KCS kepada Menteri Besar supaya dikenakan tindakan segera.
Hakikatnya, yang akan jadi mangsa kepada pergolakan ini ialah tidak lain tidak bukan "RAKYAT".
Apakah tidk ada pendekatan lain yang lebih berkesan dalam menangani isu itu hingga jambatan antara KCS dan Kerajaan negeri mahu dirobohkan.
Apkah ahli exco yang diketegorikan sebagai "pelampau" sedar tindak tanduk mereka bakal menguris hati dan perasaan Istana yang selama ini menyokong KCS demi untuk "RAKYAT KEDAH"

from: Blog http://politictoday.com

KCS KEDAH MERAJUK, PUSAT PERGILAH RUJUK...TOK SAH DOK MALU....

11 November 2009
KCS KEDAH MERAJUK, PUSAT PERGILAH RUJUK...TOK SAH DOK MALU....
Bacalah artikel ini dulu..banyak saya nak cerita ni fasal artikel..tapi tidak ada masa lagi ni....memang tak tahan nak cerita fasal ini....walau bagaimanapun pandangan saya sebelum ini dalam blog ini memang selari dengan pandangan penulis artikel ini...kalau tak percaya selak-selaklah tengok blog saya yang terdahulu.....

asriredha
teratak kasih
alor setar

KCS Kedah merajuk, Pusat pergilah pujuk...

Oleh Zaini Hassan..Utusan Malaysia (11 November 2009)

MINGGU lepas saya berehat daripada menulis kolum ini, maka ramailah yang menghubungi saya bertanyakan mana pergi Cuit? Saya berkata saya mahu bebaskan fikiran saya daripada isu-isu yang tengah panas ketika itu

- dalam kain Pas yang sudah mulai terbuka sedikit demi sedikit, isu Dr. Asri - yang semalam dalam akhbar, khabarnya dia mahu masuk politik? Gambar beliau yang disiarkan dengan Nik Aziz mungkin memberi jawapannya? Isu bai'ah dalam Pas dan lain-lain lagi.

Pendek kata macam-macam isu di Malaysia ini. Lepas satu, satu. Ada yang berkata isu perpecahan Pas baru-baru ini yang dicuit oleh Prof. Dr. Aziz Bari 'sengaja' dibuat beliau bagi mengalihkan perhatian rakyat ketika itu daripada kemelut meruncing dalam PKR dan isu Anwar Ibrahim. Saya tidak tahulah sejauh mana hubungan akrab Aziz dengan Anwar dan PKR, tapi setelah tulisannya mengenai soal 'Team Hadi' dan 'Team Nik Aziz' dalam Pas itu meletup, maka isu dalam kain PKR sudah hilang dalam media. Maka selamatlah PKR (sebentar).

Percaya atau tidak, inilah kuasa media. Merekalah yang menggerakkan (maneuvering) sesuatu isu itu ke arah mana ia mahu dibawa. Media sebenarnya ialah 'agenda setter' (penentu agenda). Dalam kajian kewartawanan itulah pun antara peranannya. Tapi, media juga boleh dimanipulasi, jika orang yang mahu mempergunakannya itu bijak, seperti Aziz Bari (mungkin).

Namun, oleh kerana Malaysia ini penuh dengan warna-warninya, pembaca kita sebagai pembeli juga sebenarnya mahukan isu-isu seperti itu - sebagai modal bagi mereka berborak di kedai-kedai mamak malam nanti!

TOLAK ke tepi dulu soal itu, minggu ini, kita akan membincangkan satu isu yang serius melibatkan satu kumpulan perkhidmatan awam yang tertua di Malaysia. Ia adalah Perkhidmatan Tadbir Awam Negeri Kedah atau lebih terkenal dengan panggilan ringkas KCS (Kedah Civil Service).

Memetik kata-kata rakan penulis pak Kadir Jasin dalam blognya akadirjasin.blogspot.com/akadirjasin.com mengenai KCS ini, beliau berkata: "Ia diasaskan oleh kesultanan Kedah lama sebelum British kononnya membawa sistem pentadbiran awam ke Tanah Melayu. Sebab itulah taat setia kepada Raja menjadi tonggak KCS. Kalau zaman saya lepas sekolah dulu, jadi pegawai KSC gerenti dapat bini cantik. Semua nak jadi DO, ADO dan 'Raja Tanah' - Pegawai Pemungut Hasil Tanah."

Uniknya KCS ini, hanya anak negeri sahaja yang boleh menjawat jawatan dalam Perkhidmatan Awam Negeri Kedah. Kini dengan naiknya kerajaan Pas, maka soal lantikan, kenaikan pangkat, skim gaji dan peruntukan dikuasai oleh kerajaan baru itu. Selain Kedah, hanya tiga negeri lain yang mengamalkan sistem seperti itu iaitu Johor, Kelantan dan Terengganu. Lain-lain negeri pegawai-pegawainya adalah pegawai persekutuan atau PTD yang boleh ditukar di kalangan negeri-negeri tersebut atau balik ke Persekutuan.

Tahun ini KCS genap berusia 100 tahun. Sejak 100 tahun lalu, sehinggalah ke tahun lalu, ia berkhidmat di bawah kerajaan negeri yang menaungi Pusat dan Persekutuan.

Aliran pemikiran pegawai-pegawai KCS ini juga sealiran dan berkiblatkan Pusat dan Persekutuan, walaupun ia bukan pegawai yang didatangkan dari situ. Peruntukan atau arahan-arahan dari Pusat akan terus sampai kepada mereka untuk dilaksanakan.

Selepas pilihan raya umum ke-12 tahun lalu, pegawai-pegawai KCS ini (tiba-tiba) berada di bawah pemerintahan yang didokong oleh parti pembangkang iaitu, Pas.

Pegawai-pegawai KCS itu kini berada dalam kecelaruan. Hubungan mereka dengan kerajaan Pusat telah terputus. Mereka semacam anak ayam kehilangan ibu. Masing-masing merasakan mereka sudah mulai terpinggir?

Perlu diingat peranan pegawai-pegawai ini amat penting kerana merekalah jentera yang turun ke bawah bertemu rakyat dan menyampaikan amanat kerajaan kepada rakyat. Hati pegawai-pegawai ini perlu dijaga, kebajikan mereka juga perlu dijaga. Bak kata pepatah moden ''jika penyapu yang diberi, maka penyapulah yang akan diterima.''

KCS ini amat strategik dari segi perancangan antara kerajaan (politik) dan pentadbiran awam. Jika orang politik (kerajaan) tidak menjaga mereka dengan baik, kuasa kakitangan awam ini boleh menentukan untung nasib kerajaan itu. Contohnya, menurut kajian bukan ilmiah, didapati jatuhnya negeri Kedah, Pulau Pinang, Selangor, Kelantan dan Wilayah Persekutuan ada kaitan sedikit sebanyak dengan peranan dan pengaruh kakitangan awam.

Dalam konteks Kedah, reaksi segera Pusat selepas kejatuhan negeri itu ialah ditubuhkan Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) bagi memastikan agihan dan projek pembangunan kerajaan Pusat dapat disalurkan tanpa ada diskriminasi atau diambil kesempatan oleh kerajaan negeri pembangkang.

Namun wujud satu senario yang serius di mana peranan KCS contohnya institusi yang dihormati rakyat, DO atau Pegawai Daerah (perlu disebut: DO ini juga ialah Pegawai Pengurus (RO) dalam satu-satu pilihan raya), Majlis Pihak Berkuasa Tempatan (PBT), Pejabat Tanah dan hubungannya dengan kerajaan Pusat seperti telah terputus.

Menurut seorang pegawai tinggi kerajaan Kedah: ''Baru setahun bertukar kerajaan, KCS seakan terpinggir, tidak dipedulikan lagi.''

Persepsi ini diburukkan lagi melalui tanggapan sesetengah wakil rakyat UMNO bahawa kononnya KCS kini mulai beralih arah dengan menyokong kerajaan pembangkang Pas. Walhal apa yang berlaku menurut pegawai itu ialah: ''pendekatan politik dan 'political engagement' antara UMNO, BN dan kerajaan Pusat dengan KCS kini jauh kosong dan menyebabkan KCS hilang arah.

''Orang UMNO dan BN dan Pusat mulai menjauhkan diri daripada kami dan bukan sebaliknya. Persepsi orang-orang ini adalah salah, meleset dan mengelirukan kerana sejak PRU 1959 sehingga 2008, keupayaan BN memerintah Kedah bukankah akibat dokongan dan hasil kerjasama dan sumbangan daripada KCS?

''Kenapa isu ini dialihkan, sedangkan faktor kekalahan BN dalam PRU 2008 adalah akibat sumbangan daripada banyak petunjuk-petunjuk lain,'' katanya kepada saya baru-baru ini.

Ternyata kekecewaan pegawai-pegawai KCS ini adalah nyata dan benar. Jika pihak-pihak tertentu tidak melakukan sesuatu dengan cepat, UMNO dan BN jangan harap untuk mendapatkan semula Kedah.

Contoh yang nyata ialah Kelantan. Selepas Pas memerintah negeri itu selepas Pilihan Raya Umum 1990, Perkhidmatan Awam Kelantan (Kelantan Civil Service) yang berkhidmat dengan setia selama 18 tahun di bawah BN diketepikan dengan tertubuhnya Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), sama seperti JPP di Kedah.

Hubungan pegawai-pegawai Kelantan dengan Pusat terputus sama sekali. JPP telah 'memutuskan' hubungan itu. Pegawai-pegawai awam Kelantan dianggap musuh kepada Pusat dan tidak boleh dipercayai lagi. Hasilnya, Pas kekal memerintah negeri itu 19 tahun sehingga kini.

Sebenarnya apabila kerajaan Pusat merasmikan bangunan baru Jabatan Pembangunan Persekutuan di Alor Setar tidak lama dulu, kerajaan Pas ketawa besar kerana mereka berasakan pegawai-pegawai KCS akan terputus hubungan sama sekali dengan Pusat. Itulah yang mereka mahu bagi membolehkan mereka memanjangkan tempoh pemerintahan negeri itu.

Pas Kedah sebenarnya belajar dari Kelantan. Apabila JPP ditubuhkan, secara automatik cengkaman mereka ke atas kakitangan awamnya menjadi lebih kuat. Perkhidmatan awam berdiri teguh di belakang kerajaan Pas dan menyerahkan taat setia kepada mereka. Pas sedar bahawa kuasa kakitangan awamlah yang akan menentukan kesinambungan pemerintahan mereka.

Oleh itu, UMNO dan BN haruslah berfikir caranya untuk menguasai semula hati pegawai-pegawai dan kakitangan KCS ini secara langsung dan tidak langsung.

Jika UMNO dan BN serta kerajaan Pusat dapat mencari satu pendekatan politik yang berhemah, tidak mustahil peranan KCS dapat dikembalikan sebagai 'kumpulan majoriti senyap' dan 'barisan hadapan' yang berpengaruh di kalangan rakyat setempat bagi mengembalikan semula pemerintahan negeri itu. Masanya masih ada, apa yang perlu dilakukan ialah fikirkan modus operandi dan kaedah pelaksanaannya - cepat!

Thursday, November 12, 2009

Komen Fasal Pertukaran KCS

Cabutan dari blog :   http://www.depa_kata.blogspot.com/

Saya dengar kawan-kawan dalam Perkhidmatan Negeri Kedah (KCS) sekarang dalam keadaan tidak selesa kerana Kerajaan Negeri melakukan pertukaran pegawai-pegawai secara besar-besaran. Agak ramai KCS yang sedih, dan dah tentu la ada yang gembira. Bermacam alasan diberikan atas pertukaran itu. Yang sedih adalah KCS yang tidak dinaikan pangkat, dan yang gembira ialah KCS junior yang naik pangkat.


Ada yang mengatakan pertukaran Mad Che Nai, yang mengetuai pasukan merobohkan pusat cucuk babi di Mergong ke Pejabat Pengarah Tanah dan Galian Kedah adalah kerana Kerajaan PAS Kedah terpaksa akur dengan desakan DAP Kedah supaya beliau di tukarkan. Macam Hassan Ali minta Ronnie Liu ditukarkan tu la.


Pertukaran Pegawai Daerah (DO) Pendang, Encik Ahmad Shukur Ghani ke Bandar Baru adalah di katakan kerana beliau menentang kehendak Kerajaan Kedah yang hendak membina pusat cucuk babi di daerah Pendang. Ahmad Shukur baru enam bulan saja bertugas di Pendang. Yang peliknya pertukaran ini ialah, DO Pendang di tukar ke Bandar Baru, DO Bandar Baru di tukar ke Pendang. Hai ada apa-apa ka di sebalik pertukaran ini?.

Di samping itu, dikatakan 10 orang KCS junior antara 7 hingga 10 tahun, dinaikan pangkat, melangkah 4 orang KCS yang 10 tahun lebih senior. Ada KCS yang sedang memangku jawatan, tetapi mereka tidak disahkan dalam jawatan dalam yang sedang di pangku itu. Sebaliknya pegawai baru yang 10 tahun lebih junior dilantik memegang jawatan berkaitan. Siapa yang tidak kecewa, bayangkan kalau perkara begini berlaku kepada kita.

Kegelisahan yang akan menimbulkan ketegangan pasti akan berlaku dengan kerajaan Kedah, kata KCS senior yang dinafikan kenaikan pangkat mereka, Dia berkata, “macam mana saya nak kerja, dulu dia tu (KCS junior), kerja di bawah saya, le dia jadi bos saya. Pertukaran dan kenaikan pangkat tunggang terbalik”.




Pakat-pakat la kita renungkan bersama...









Apek Pendang



Posted by jeanbara at 10:53 PM
15 comments:
Anonymous said...
Hang ni tak habis habis dok buruk sangka jer...tak tukar salah...kena tukar salah...habis tu...dok biar jawatan tu pegang dek seseorang tu sampai 22 tahun ker...baru boleh tukar.

Lan

6/8/09 11:22 PM
Srikandi said...
pe dah jadi????sapa yg patut dipersalahkan dalam hal ini???ni kerajaan sapa???bukankah ni kerajaan pilihan rakyat...

6/8/09 11:23 PM
kluangman said...
Jawatan ketua tu bukan waris mak bapak dia, siapa yang layak elok le dinaikkan pangkat..yang dok perabih beras, elok minggir tepi.

Janganlah terlalu prejudis untuk memajukan rakyat !!!

6/8/09 11:55 PM
Anonymous said...
kawan-kawan semua mari baca artikel ini, best gila siot!

Piggy whack KJ

6/8/09 11:55 PM
Pumpong said...
Inilah yg dinamakan tektik demoralization. Depa penaik yg mana depa berkenan. Yg tak berapa nak naik tu, mestilah dah ada langau yg pi cucuk atas habak kata mat ni sekian-sekian.
Depa tak buang, tapi depa bagi hang rhimas.

Dah tu depa cananglah kat tepi-tepi jalan, "Sesungguhnya Allah menyuruh kamu berlaku adil."

Orang kampung bukannya depa tau apa duk jadi. Hangpa rheja dgn depa, hangpa taulah.. Kalau depa suruh buat benda bangang, jangan duk pi tegur. Hang tegur nak bagi elok, siap lah. Jadi kena buat bodoh. Jangan duk perasan Hang Nadim. Tegur geng 'agama' ni.., payah sikit. Ego depa cukup tinggi.

-Bukannya senang woi nak masuk syurga...-

7/8/09 12:05 AM
Anonymous said...
APA MASALAHNYA ?? Pegawai yang tak perform walaupun seniour patut dibuang ke laut saja. Biar lah yg muda muda, yg bersih yang berwawasan yang kuat berfikir dan bekerja menerajui jabatan.

Tiga empat orang pegawai seniour yg memang satu negeri tahu tidak bersih ( dok main golf kt medan laa..jakarta laa) patut pun ditolak ke tepi...buat menyusahkan rakyat saja....

Senior tak semestinya baguihh..apa raa...

Awang tok nuih

7/8/09 12:32 AM
Anonymous said...
decentralization
pecah dan perintah
cam besa depa claim ikut style 'YAHUDI'
tak islamik
to hell with it
but are they realize

what the fuck they are doing right now...............

p/s: Wow....demokrasi is the way of life.Like what PR claimed right now.

Bukan apa,pasai taik pun mau gaduh ka.Sendiri mau ingat

7/8/09 2:59 AM
GPMS Cawangan Wangsa Maju said...
Salam Perjuangan,

Kami dari Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Cawangan Wangsa Maju, WP amat teruja dgn pengendalian blog anda..

Artikel2 yang bernas dan rekabentuk blog anda yang menarik manaikkan semangat kami untuk berjuang melalui blog.

Semoga kita dapat sama2 berjuang dalam mengembalikan semangat perjuangan anak2 muda agar menjadi insan yang berilmu dan bekerja keras demi mempertahankan kedaulatan Agama, Bangsa dan Negara di masa akan datang.

Sama2 kita memberi galakan dan dorongan agar pelajar2 dan belia2 Melayu terus berjuang dalam memajukan diri di arena Pendidikan Negara.

Kami juga berharap agar pihak anda dapat mempromosi blog kami ini buat tatapan umum khasnya dari kalangan pelajar dan belia.

Yang Di Pertua GPMS Cawangan Wangsa Maju, En. Jais Abdul Karim menyampaikan Salam Kasih khas buat anda.

Sekian, Salam Persahabatan ikhlas dari,

MUHAMMAD RADHI ABD. RAZAK
Ketua Penerangan merangkap Ketua Editor Blog,
GPMS Cawangan Wangsa Maju,
Wilayah Persekutuan.

7/8/09 3:45 AM
mat toge said...
Ini yg best jadi ahli PAS..mengata kat org mcm mkm kerang bakaq..kena kat batng hidung melompat mcm tikus tengok beruk

7/8/09 6:45 AM
Ekeng A/L Etong said...
Memang la pertukaran adalah perkara biasa. Tapi kalau pertukaran dibuat atas motif tertentu, pasai nak pernaik kroni, bagus ka? Pasai dulu kita dok hentam kat orang dok buat kerja ni. Pasai kita dok cakap nak perintah bagi adil ikut Islam.
Betul macam Apek Pendang kata.
Patut ka, DO Pendang hantar pi Bandar Baru. DO Bandar Baru tukar pi Pendang. Dok Pendang pun baru 6 bulan.Tak dan nak faham tang mana bilik air, tang mana jamban. Macam budak-budak main pondok-pondok, tiap-tiap hari tukar pondok.

7/8/09 7:25 AM
Anonymous said...
kalu mau jadi bos sampai tua, berenti dari kerajaan buka syarikat sendiri, jadi CEO beb!

7/8/09 7:30 AM
Anonymous said...
Naik pangkat ikut la merit.

kena tukak tu , ikut perintah

bila depa sain surat kan depa tulih

"saya yang menutut printah"

lagi pun depa kerja kat mana pun pun dok di aloq staq jugak, tukag pun dok dalam negeri kedah saja, bayang kan geng federal , bila kena , pi la sabah ka. tu pun depa tak komplin pun.

PS kalau senior pun, KPI task baguih dok buat apa??????


Your obedient servant sir

7/8/09 8:07 AM
Orang Tebengau said...
Kalau nak tukag atau buang KCS, buat konsep kepimpinan melalui tauladan.

Mula2 tengok prestasi exco dulu, kalau hak dok gila golf tu, boleh la diganti dengan orang lain.

Buat keputusan asyik silap saja, lepas tu maintain ego, tak ngaku silap walaupun rakyat rugi.

Kalau MB tak nampak Exco tak perform , tukar MB la. Bagi arahan macam kera dapat bunga, macam remaja dapat steering kereta. Dok ulang sebut Insyaallah saja, kerja takdak proper planning.

La ni kalau telefon exco, kalau depa kata ada mesyuarat tu maknanya tengah dok pukui bola golf. Harap faham.

7/8/09 9:23 AM
HD said...
Tuan,

Pada pendapat saya, tidak ada masalah utk. junior naik mengatasi senior dlm sebarang bentuk organisasi. lebih2 lagi pengurusan & pentadbiran yg. mana tidak semestinya seorang senior mahir mentadbir/mengurus. konsep ini terbukti dimana2 syarikat antarabangsa mahupun tempatan. tetapi ia perlu telus dan atas kredit pencapaian KPI. bukan atas dasar saudara-mara,kroni dsb. pengalaman dan senioriti tidak sama sekali membuktikan keupayaan mengurus. pengurusan/pentadbiran adalah kombinasi kemahiran, pengalaman, kredibiliti, komunikasi dsb.bdn kerajaan patut mulakan tradisi KPI, SLA, SOP yg diamalkan syarikat2 persendirian yg sudah terbukti mampan utk melicinkan pentadbiran, meningkatkan daya produktiviti dan secara tidak langsung mewujudkan persaingan sihat antara penjawat2 awam.

Pembayar Cukai.

7/8/09 10:44 AM
Dulu_umno said...
tahniah kpd yg kena tukar!!!sebenarnya anda adalah duri dalam daging. Sebelum ia merebak menjadi bisul dan kanser ada baiknya dia dibuang terlebih dahulu.Apa2 pun ini sebenarnya peringatan awal untuk kalian yg cuba nak sobataj pimpinan kerajaan.

dari depa-kata.blogspot.com

Betui Ka KCS Dah Mula Sokong PAS?

02 February 2009
Betui Ka KCS Dah Mula Sokong PAS?

Menarik tulisan Nobisha pasai MB Kedah yang cenge. Orang kampung baca dah dan baca pulak untuk menghayati tulisan beliau. Hebat tulisannya. Bila dah baca tulisan beliau, orang kampung nak tambah skit pasai hal KCS yang dulunya kata wujud pelbagai masalah dengan sistem pentadbiran kerajaan PAS sekarang.

Sumber yang orang kampung dapat ini dari orang KCS yang dulunya merupakan penyokong kuat UMNO dan naik ke peringkat pentadbiran tinggi pada zaman UMNO memerintah Kedah. Tapi disebabkan beliau masih manjadi bos dan perintahan bertukar, beliau menwar-warkan beliau adalah ahli seumur hidup PAS. Memang betui beliau telah mejadi ahli seumur hidup PAS selepas PAS memang PRU12 di Kedah.

Menarik ceritanya, beliau telah mengatakan, hampir 80% kakitangan KCS telah menyokong penuh kerajaan PAS dibawah pimpinan MB yang cenge (meminjam kata-kata Nobisha). Orang kampung hairan bila beliau mengeluarkan kata-kata itu. Tapi memandangkan beliau adalah bos yang juga KCS, orang kampung hampir pasti percaya sepenuhnya.

Katanya, KCS sekarang telah menyokong sepenuhnya kerajaan memerintah sekarang kerana, lebih telus, amanah dan menjaga rakyat. BN khususnya UMNO jika memerintah berlaku banyak kebocuran dan tidak amanah. Yang amat menarik sekali, beliau menambah KCS terutama DO (Pegawai Daerah) sudah tidak memperolehi peruntukan dari kerajaan persekutuan untuk pembangunan daerah masing-masing. Ini membuatkan DO telah bersuara dikalangan mereka dan terus sampai kesemua kakitangan KCS yang lain. Mereka geram sebab peruntukan dah tak dapat melalui Pejabat Daerah masing-masing. Katanya lagi, Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan peruntukan melalui JPP (Jabatan Pembangunan Persekutuan) dimana 3 daerah dibawah satu JPP. Contohnya, JPP Alor Setar mengawal 3 daerah iaitu Kubang Pasu, Kota Setar dan Pokok Sena.

Beliau juga berkata, BN pastinya tidak akan dapat balik Kedah pada PRU13 nanti kerana, apa yang dibuat oleh pentadbiran sekarang disenangi oleh rakyat. KCS juga rakyat Kedah.

Bila bab peruntukan ini, barulah orang kampung paham kenapa KCS menyokong penuh kerajaan PAS Kedah sekarang. Tapi orang kampung tertanya-tanya, adakah KCS ini menyokong sepenuh hati PAS atau kerana duit Persekutuan dah tidak melalui kakitangan KCS khususnya DO di tiap-tiap daerah. Tapi jika Persekutuan ubah balik polisi peruntukan melalui DO, adakah KCS-KCS ini akan berpaling tadah?

Cabutan Blog
Di tulis oleh OrAnG KaMpUnG at 5:42 PM

Isu Elaun Ketua Kg

Dikhabarkan oleh pihak yang masih belum disahkan, pada hari ini semua Ketua-Ketua Kampung/ Komuniti di negeri Kedah Sejahtera akan menerima elaun yang telah 7 bulan tertangguh. Dilaporkan juga oleh yang berkenaan bahawa “sejak Pakatan Rakyat memerintah negeri Kedah, baru sekali Ketua Kampung menerima elaun mereka yang tak seberapa iaitu RM300 sebulan. Exco telah memutuskan, elaun akan dibayar setiap 3 bulan sekali.” Baca di sini!

Sehingga kini masih belum dipastikan apakah mereka berkenan telah menerima elaun yang dimaksudkan dan berapakah jumlah yang diterima. Tahniahlah kepada Ketua-Ketua Kampung/Komuniti di Kedah jika mereka dibayar elaun tersebut pada hari ini.

Menurut tulisan yang empunya Blog, Pegawai Tadir Negeri Kedah (KCS) yang didakwa menjadi punca kepada kelewatan bayaran elaun tersebut. Kelihatan seolah-olah proses pembayaran elaun berkenan sengaja dilewatkan oleh Pegawai berkenaan. Tuduhan tanpa disertakan bukti dan fakta tersebut adalah seperti berikut:-

Jadi aku heran, heran sahaja tau... bukan marah............ KCS yang dah lama sambut ulang tahun ke 100 tahun masih lembab dalam buat kerja......... kerja yang sepatutnya 3 bulan jadi 7 bulan. Aku bimbang kerja yang sepatutnya 7 bulan akan jadi 7 tahun. Jika sikap ini berterusan aku tidak berapa bimbang reputasi kerajaan Pakatan Rakyat akan dipertikaikan kerana memang rakyat sudah tahu ramai kalangan KCS yang ada sekarang adalah peninggalan corak pentadbiran UMNO/BN sejak 50 tahun lalu. Tetapi yang aku bimbang ialah rakyat terbanyak yang mengharapkan mereka diberi perkhidmatan yang terbaik, namun amat malang perkhidmatan yang lembab diterima oleh mereka.

Apakah untuk merubahnya perlu ada pendemokrasian dalam perkhidmatan awam........ apakah perlu ada pilihanraya dalam perkhidmatan awam supaya dengan itu mereka yang akan menjawat jawatan utama dalam mana-mana organisasi perkhidmatan awam adalah mereka yang dinilai prestasinya dan diundi oleh semua kakitangan yang bertugas di organisasi berkenaan. Kerana sekarang ini, dilihat jawatan yang dilantik hanya atas asas Senioriti dan silih pergantian dari orang lama kepada orang baru yang berada setapak atau 2 tapak dibawah jawatan tertinggi tidak memberikan apa lonjakan kepada mutu perkhidmatan awam. Cara kerja yang masih stereotype terus berlangsung kerana mewarisi cara kerja 100 tahun lampau........... disitu ada kekurangannya yang tidaklah bermaksud akan dibahas disini secara panjang lebar, ia perlu di Seminarkan, ia perlu dibuat penelitian, kajian dan ujikaji di lapangan agar dapat ditentu sahkan keberkesanan sesuatu Perkhidmatan Awam.

Semua yang disebut di atas memerlukan masa yang agak panjang untuk dilaksanakan, masalahnya ialah sekarang.......... Pakatan Rakyat telah memerintah Kedah, rakyat memberi pengharapan kepada sebuah perkhidmatan yang berkesan.

Oleh itu, "Empati" adalah penting kepada kepada Pegawai Tinggi yang berada di dalam perkhidmatan awam dengan gaji setiap seorang RM5,000 ke atas perbulan dengan tambahan elaun-elaun tertentu.

Tanyalah diri kita sendiri dengan ikhlas, "Apakah perasaan kita jika gaji kita RM5,000 sebulan yang sepatutnya kita terima setiap bulan, di bayar 7 bulan sekali?"

Dan saya juga berempati dengan Pegawai Tinggi Perkhidmatan Awam, bahawa mereka mempunyai tugas yang banyak dan telalu sebok untuk bermesyurat, bergegas dalam perjalanan yang jauh kerana urusan rasmi kerajaan, mengiringi Sultan, membaca laporan-laporan yang tebal dan membuat keputusan-keputusan dalam organisasinya.

Tetapi apakah terlalu sukar untuk menurunkan tandatangan ke atas sekeping cek yang boleh diminta kerani menyediakannya, sehingga memerlukan masa 7 bulan.

Semoga, kita semua Rakyat Kedah di bawah Pakatan Rakyat semakin memahami bahawa inilah antara sisa peninggalan Perkhidmatan Awam yang ditinggalkan oleh UMNO, yang jika kita mengkaji sejarah revolusi sekalipun perubahan dalam Perkhidmatan Awam adalah yang paling sukar untuk dilakukan perubahan.

Kepada pegawai perkhidmatan awam, janganlah merajuk atau terasa hati.......... kami rakyat memahami kamu memang berusaha untuk meningkatkan mutu perkhidmatan, tetapi budaya dan kebiasaan lama yang sudah sebati dalam tindakan seharian yang diwarisi 50 tahun pemerintahan UMNO sukar dilenyapkan dalam masa 500 hari.

Demikian tuduhan yang telah dibuat kepada Pegawai Tadbir Kedah (KCS), angkara kelewatan pembayaran elaun kepada Ketua-Ketua Kampung/Komuniti di Kedah. Saya tidak dapat bayangkan bagaimana corak tuduhan yang akan dibuat sekiranya Ketua-Ketua Kampung/Komuniti tidak menerima elaun mereka seperti yang dijanjikan hari ini.

Saya bukan dari kalangan KCS dan tidak berhajat untuk membela atau mempertahankan KCS. Cuma pertanyaan saya, adakah empunya Blog menyelidiki atau membuat siasatan akan punca sebenar kelewatan tersebut, dan adakah hanya elaun ini saja yang dilengah-lengahkan?

Dicatat oleh Ekeng A/L Etong di Selasa, Julai 21, 2009